Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu,
asyik berteman tangis dan sendu sahaja."
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya.
Tapi disitulah wahai adikku,
kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya.
Tangis sendunya wanita itu wahai adikku,
bisa meleburkan ego seorang lelaki...
menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki.
Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun.
Duhai adikku,
lembut wanita itu bukan lemah,
tp senjata."
Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya?
Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu.
Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud,
wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu,
dan tutuplah auratmu.
Lantas cuba adik nilai,
pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yg bergelar ar-Rijal.
Kerana,
andai sang lelaki menjaga pandangannya,
maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya.
Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita,
agar memelihara auratnya
kerana disitu lah kehormatannya.
Sesungguhnya para wanita-wanita
syurga bergelar Hurun 'Ain itu,
mereka tidakmemperlihatkan diri mereka
kecuali pd para suami mereka sahaja.
Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci.
Namun...
wanita yg beriman itu, kata Rasulullah,
lebih tinggi martabatnya!
Bukan fitnah semata-mata jikalau
ar-Rijaal dan an- Nisa' sama2
mematuhi pesanan Ilahi itu!
Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."
Adik masih x puas ati.
"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu??"
Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna.
Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!
"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insani.
Dan al-Haya' itulah pakaian iman.
Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri.
Namun,
bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh.
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya
paranoid.
Merasakan diri tidak cukup menarik...
merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka.
Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi.
Namun adikku...
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."
Adik garu2 kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini?
Bagaimana hendak adik kenali mereka???"
Sang bidadari tersenyum lagi.
Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini.
Berjihad dalam dunianya sendiri.
"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah,
diperintahkan wanita2 yg beriman ituuntuk
menutupi aurat mereka,
dengan itu
mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah.
Maka
demikianlah adikku menilai mereka.
Tp perlu juga dilihat pd hatinya...
pd akhlaknya...
Di zaman ini, tidak susah membezakan
wanita yg solehah dan yg toleh.
Namun adikku...
jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu...
kerana dlm hati2 mereka,
tetap ada satu permata indah...
perasaan
cinta pd ALLAH...
Kerana fitrah cinta pd Rabb itu
sentiasa ada dlm jiwa insan.
Adikku,
mereka ini,
tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg
mereka th hak ALLAH.
Cuma kadang2 term solehah itu
terasa berat di bahu mereka...
Kadangmereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi.
Hakikatnya,
wara' itu bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah
wara'.
Alim itu maksudnya mengetahui.
Barangsiapa yg berilmu
maka dia adalah alim dlm bidangnya.
Persepsi yg salah pd dua perkataan ini
menjadikan mereka takut untuk berubah
kepada
stage yg lebih baik. Kerana begitulah
persepsi masyarakat.
Sedangkan mereka alpa...
ALLAH
tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini
tanpa
tujuan dan garis panduan.
ALLAH
tidak zalim
kepada ciptaanNYA.
bila mana dia menciptakan
hawa itu dari rusuk adam... Dia telah
mengetahui
apakah sebaik2nya buat makhluk
bergelar Hawa
ini... Ditinggikan martabat golongan
HAWA ini...
Tapi sayang... golognan HAWA ini
kadang2
merendahkan martabat mereka yg
ALLAH jdkan
penuh kemuliaan...
Wahai adikku... 1001 keindahan
penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai...
antara permata dan debu2 kilauan pasir.
Wahai adikku...
Wanita ibarat epal.
Epal yg xberkualiti...amat mudah diperolehi
kerana ia
berguguran ditanah...
Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak.
Susah dipetik, susah di gapai.
Terkadang epal itu risau,
kenapalah diriku
belum dipetik. Lantas ia merendahkan
martabatnya dan menggugurkan diri
menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah
ALLAH
jadikan begitu tinggi martabatnya.
Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya...
sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya.
Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya...
Mungkin bukan di dunia... tp
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya
bukan di
dunia... asalkan cinta ILAHI
mengiringinya...tak
semestinya dipetik di taman dunia rite?
Tp lebih bermakna
bila ALLAH sendiri yg mengarahkan
hamba yg disayanginya utk memetik di
taman akhirat kelak."
Adik terpaku sendiri. Mungkin
membayangkan
sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg
kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit.
Bicaranya sudah berakhir buat masa kini.
Pasti
kan dia sambung perbualannya dengan
penghuni syurga ini.
Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu.
Benarlah kata ALLAH swt, kamu
kanak2
adalah penghuni2 syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku?
Hanya
bidadari berwajah manusia... berhakkah
menjadi
bidadari syurga? Wallahu'alam.
-sharing from fb seorang hamba.harap bermanfaat-
mujahadah kecil.
aku kan terus menyeruMu,
pada yang Satu.
ya Allah ya 'Alim ya Rasyid,,
ajarilah aku.
aku kan terus menyeruMu,
pada yang Satu.
ya Allah ya 'Alim ya Rasyid,,
ajarilah aku.
2 comments:
thanks ar sb post bnda2 yg dpt beri manfaat pd sy nie...:)
=)
Post a Comment