Tuesday, September 29, 2015

My Second Paperwork (WAPI 2015)

PERTEMBUNGAN PEMIKIRAN DOGMA GEREJA DAN SAINS: IMPLIKASI TERHADAP KAEDAH PENYELIDIKAN ISLAM[1]

Amirah binti Abdullah[2]
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
E-mel: amirahabdullah90@gmail.com

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dogma dalam pertembungan pemikiran sains dan pemikiran gereja. Dogma ialah kepercayaan atau sistem kepercayaan yang dianggap benar dan seharusnya dapat diterima oleh orang ramai tanpa sebarang pertikaian. Persoalannya, apakah kedudukan sebenar dogma gereja dalam pemikiran sains? Bagaimanakah terjadinya pertembungan pemikiran sains dan pemikiran dogma gereja? Apakah kesan pertembungan ini terhadap kaedah penyelidikan Islam? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, dua objektif telah ditetapkan. Pertama, mengenal pasti pendirian gereja terhadap sains; dan kedua, menganalisis pertembungan pemikiran sains dan pemikiran dogma gereja terhadap kaedah penyelidikan Islam. Dapatan daripada analisis kandungan terhadap data-data sekunder membawa kepada rumusan bahawa kedudukan dogma gereja dalam pemikiran sains telah memberi pengaruh dan impak yang besar terhadap Revolusi Sains yang akhirnya membawa kepada pemisahan kekal antara sains dan agama. Kewujudan sekularisme ilmu yang berlaku sehingga kini menyebabkan sekurangnya-kurangnya empat implikasi terhadap kaedah penyelidikan Islam. Pertama, dualisme ilmu; kedua, konsep tasawur, epistemologi dan ontolgi; ketiga, konsep pemikiran saintifik; dan keempat, konsep bebas nilai. Walaupun pertembungan kedua-dua pemikiran dogma hanya berlaku antara gereja dan sains, namun ia memberi implikasi besar terhadap kaedah penyelidikan Islam yang membentuk kepada pelbagai disiplin ilmu yang berasaskan kepada falsafah Barat.

Kata kunci: dogma, pemikiran sains, Revolusi Sains, sekularisme ilmu, kaedah penyelidikan Islam





[1] Kertas kerja yang dibentangkan di Workshop Antarbangsa Pembangunan Islam (WAPI) pada 10-14 Jun 2015 bertempat di Universitas Muhamadiah Sumatera Utara (UMSU), Medan, Indonesia.

[2] Amirah Abdullah ialah calon ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
  

No comments: