DOGMA
DALAM TASAWUR DAN EPISTEMOLOGI KAEDAH PENYELIDIKAN BERTERASKAN ISLAM (KPBI)[1]
Amirah
Abdullah[2]
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
E-mel:
amirahabdullah90@gmail.com
Abstrak
Kertas
kerja ini bertujuan mengenal pasti dogma dalam tasawur dan epistemologi kaedah
penyelidikan berteraskan Islam (KPBI). Dogma ialah kepercayaan atau sistem
kepercayaan yang dianggap benar dan seharusnya dapat diterima oleh orang ramai
tanpa sebarang pertikaian. Bertitik tolak daripada pertembungan pemikiran sains
dan dogma gereja, kegemilangan sains Barat moden telah memberi pengaruh yang
kuat terhadap penyelidikan berkaitan Islam dan orang Islam. Sebahagian
penyelidikan yang dilakukan terperangkap dalam kaedah penyelidikan lazim,
khususnya dalam konteks tasawur dan epistemologinya. Persoalannya, apakah
pegangan dogma dalam tasawur KPBI? Apakah pula pegangan dogma dalam
epistemologi KPBI? Bagaimanakah elemen dalam kedua-dua dogma tersebut memberi
kesan kepada KPBI? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, dua objektif telah
ditetapkan. Pertama, mengenal pasti dogma dalam tasawur dan epistemologi KPBI;
dan kedua, menganalisis pegangan dogma dalam tasawur dan epistemologi KPBI.
Dapatan daripada analisis kandungan terhadap data-data sekunder membawa kepada
rumusan bahawa dogma dalam tasawur dan epistemologi telah memberi pengaruh dan
impak yang besar terhadap kaedah penyelidikan yang berkaitan dengan Islam dan
orang Islam atau dikenali sebagai KPBI. Dogma dalam tasawur KPBI perlu
berasaskan kepada akidah, ibadah, dan akhlak. Manakala dogma dalam epistemologi
KPBI perlu bersumberkan kepada al-Quran, al-Sunnah, qiyas, dan ijma’
ulama’. Dapatan berkenaan penting dalam KPBI bagi membentuk pelbagai
disiplin ilmu yang berasaskan dogma Islam iaitu pegangan rukun iman dan rukun
Islam, dan bukannya dogma Barat. Dogma dalam tasawur dan epistemologi Islam
inilah yang menjadi teras kepada KPBI.
Kata kunci: dogma, tasawur, epistemologi, kaedah
penyelidikan berteraskan Islam, KPBI
[1] Kertas kerja yang dibentangkan
di Persidangan The 10th International Grduate Workshop (INGRAW
2015) yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV) bertempat di Dewan Persidangan Utama, Universiti Sains Malaysia (USM),
Pulau Pinang, Malaysia pada 27-28 Oktober 2015.
[2] Amirah Abdullah ialah calon
ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam di Pusat Kajian Pengurusan
Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang,
Malaysia.
No comments:
Post a Comment